"It isn’t ego that controls,but it’s the pride that matter."
"Wahai yang bergelar muslimah,apa kau fikir mudah perkahwinan yang sering kau anggap indah itu?Yang kau damba itu sempurnanya mengalahkan watak dogengan.Berserban,berilmu,berjambang,berjubah,alim.Lengkap pakej demandmu!Apa kau fikir kau mampu merealisasikan anganmu andai sekarang kau hanya khali tidak disetir sebarang laku?Usahamu hanya sekadar gedik-gedik update status FB mencanang dunia akan betapa mahunya kalian dengan imammu.Tidak cukup,dibiarkan burung biru berkicau hampir setiap saat mengkhabarkan soal hati dan keinginan.Wahai!Kalian yang berstatus muslimah.Lihat diri,tanya iman,apa diri sudah sedia?Untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bagi mendidik pemimpin?Untuk menjadi bukan sahaja isteri,malahan pembantu kepada seorang da’ie tegar?Apa kalian pernah terfikir untuk memperkasa iman,entah mana tahu taqdir Tuhan mahu menghadiahimu madu sorang dua?Oh,bersediakah iman sedang imammu itu nanti soleh peribadinya,sangat kurang pula jumlahnya.Lalu poligami itu perlu buat mereka yang mahukan lebih ramai ummat Muhammad yang berkualiti.Apa kalian berfikir?Atau segalanya hanya dipandu nafsu tanpa akal?
Wahai !
Bergeraklah untuk berfikir.Bergeraklah untuk menjadi lebih matang.Bergeraklah untuk beramal.Bersiap siagalah kalian.Bukan hanya untuk menunggu hari dinikahkan.Bukan juga untuk menempuh alam bermadu tetapi ikhlaskanlah hati beriman kerana Allah.
Siapa tahu,belumpun sempat melihat imammu,nyawa terlebih dahulu berpisah dari jasad."